Wednesday, February 20, 2019

Petua Pergi Memancing | Pantang Larang Ketika Memancing

Jangan Kerana Gila Memancing, Anda Cuai Dan Abaikan Pantang Larang Ketika Memancing. 

Pantang larang yg wajib anda ketahui sebagai pemancing.Salam sejahtera buat semua bro2 pemancing. Apa yg saya ingin perkatakan hari ini adalah tentang petua dan pantang larang dunia memancing. Saya bukannya ingin mengajar sesiapa ataupun menyentuh perasaan sesiapa tapi apa yg saya ingin sampaikan adalah berdasarkan pengalaman saya dan teman-teman yg seangkatan dengan saya, kerana banyak perkara yg misteri berlaku akibat pantang larang ini tidak diendahkan.


Jadi baca dan renungkanlah pantang larang ini kerana kebanyakan kita mempunyai keluarga yg kita sayangi. Jadi jangan korbankan keluarga semata-mata kerana gila memancing tanpa pantang larang. Memancing akan membawa kita jauh ketempat yang yg kata orang tua tempat jin bertendang dan misteri malahan tidak kita ketahui penghuninya. Oleh itu silap langkah kita buruk padahnya kepada kita dan keluarga kita.

Untuk itu saya perturunkan pantang larang berikut untuk dikongsi bersama. Ini bukannya soal percaya atau tidak percaya tapi soal makhluk yang Allah ciptakan dalam berbagai rupa, bentuk dan keupayaan…yang tidak boleh kita aniayai dan zalimi. Jika anda suka membawa keluarga dan anak kecil keluar memancing renungkanlah pantang larang ini supaya anda dan keluarga anda tidak ditimpa sebarang perkara yg tidak baik akibat kecuaian dan kealpaan diri sendiri.

Ingatlah sebaik-baik jin adalah sejahat2 manusia.

1) Amalkan memberi salam pabila sampai ketempat kita hendak memancing. Memberi salam petanda niat kita baik. Ikhlaskan hati anda hanya untuk memancing mencari rezeki.

2) Betulkan niat anda. Jika anda berhajat untuk mendapat tiga atau 4 ekor ikan sahaja Berhentilah setelah hajat anda dipenuhi. Jangan tamak.

3)Jika terdapat ikan2 besar yg sering menunjuk kan rupa tapi tidak mahu memakan umpan anda…biarkan saja jgn di pedulikan.

Ketiga-tiga petua diatas adalah untuk menghindarkan dari asyik dan lupa diri.

4) Jangan membuang najis merata-rata. Carilah tempat yg sesuai untuknya. Petua ini adalah untuk mengelakkan kita dari mencemarkan tempat makhluk lain beribadat.

5)Jika anda keluar memancing dan pulang larut malam, jgn terus pulang kerumah..singgahlah dahulu di tempat lain saperti kedai kopi. Bila sampai dirumah jgn terus masuk kerumah. Berehatlah dahulu sebentar diluar rumah. Petua ini adalah untuk mengelakan anda diikuti oleh makhluk halus dan menghalangnya dari memasuki rumah anda.

6) Jika orang rumah bertanya bila hendak balik kerumah sesudah memancing. Jangan sekali-kali memberikan jam dan masa yg tepat. Katakan padanya nanti abang balik lah. Petua ini bagi mengelakkan makhlus halus menyerupai anda dan kembali kerumah anda sebelum anda.

7) Jangan mengambil sebarang benda ditempat anda memancing. Jika anda menggunakan benda yg terdapat disitu kembalikan ia semula ketempatnya. Petua ini adalah untuk memelihara diri anda dan keluarga anda dari terambil hak makhluk lain yg akan membawa akibat yg buruk.

8) Jika anda memancing dengan keluarga, jangan biarkan anak anda mengambil sebarang benda untuk dibawa balik kerumah. Pesan pada mereka agar jgn berbuat begitu. Petua ini adalah untuk mengelak anak anda ditimpa perkara yg buruk.

9) Jika memancing ditepi laut bersama keluarga, jgn biarkan anak anda bermain di gigi air laut. kalau nak mandi terus mandi kedalam air laut. Jika tidak duduk atau bermain saja dipantai. Petua ini adalah untuk keselamatan anak anda dari menjadi rebutan diantara makhluk didarat dan dilaut.

10) Jika anda memancing sebagai contoh dengan 3 joran. Tiba-tiba tiga joran anda disambar ikan serentak, berhati-hatilah. Jgn tamak. Selepas itu simpan joran anda, jgn memancing berehatlah sebentar. Betulkan niat anda kemudian sambung balik hanya dengan satu jroan saja.

11) Jaga mulut anda, jgn celupar dan suka menegur perkara yg pelik-pelik. Jika sesuatu yg aneh dan luar biasa berlaku. Bacalah ayat kursi dalam hati…jika benar-benar terdesak AZAN lah. Jangan panik, bawa bertenang.IinsyaAllah semuanya akan baik.

SEMOGA PETUA DAN PANTANG LARANG INI DAPAT DIAMALKAN BERSAMA DAN SAMPAIKANLAH KEPADA KAWAN-KAWAN DAN GENERASI MUDA KERANA GENERASI MUDA SEKARANG INI…SUKA MAIN HENTAM SAJA. YG SUSAHNYA NANTI ORANG2 TUA.


Thursday, February 14, 2019

Apa itu CUPID (Dewa Cinta)?



CUPID: PANAHAN CINTA DARI YUNANI KE ROM.

Perayaan Hari Kekasih atau ianya lebih dikenali di dunia Barat sebagai Valentines Day yang jatuh pada tanggal 14 Februari setiap tahun merupakan hari sejarah peringatan kepada pengorbanan Saint Valentine yang telah dijatuhkan hukuman mati pada 14 Februari disebabkan kesalahannya yang menyebarkan cinta dikalangan para tentera pada zaman empayar Rom dahulu diingati sehingga ke hari ini.

Di sebalik sejarah tersebut, lahirnya sebuah perayaan. Daripada sebuah perayaan itu, lahirnya juga sesosok 'maskot' yang seringkali dikaitkan dengan dunia percintaan antara sesama manusia iaitu Cupid. Cupid dipercayai sebagai salah satu dewa atau malaikat yang bertanggungjawab dalam menyebarkan cinta di dalam hati manusia, melalui teknik panahan cintanya kepada dua insan tertentu. Senang cerita, sosok Cupid ini kita sudah selalu lihat di dalam kartun, animasi, filem ataupun drama dari dunia Barat. Wujudnya dalam media sekarang ianya digambarkan sebagai seorang pemuda kacak ataupun seorang bayi bersayap burung yang membawa sebuah busur dan sebakul anak panah emas yang mana, mata panahnya bersimbolkan hati.

Tetapi sebenarnya Cupid bukan merupakan dewa yang asli malahan ianya merupakan dewa milik bangsa Rom yang sosoknya diambil daripada dewa sembahan agama Yunani iaitu Dewa Eros. Kebanyakan dewa-dewa sembahan bangsa Rom sebelum menganut agama Kristian merupakan cedokan daripada dewa-dewa Yunani ataupun Mesir Kuno. Sepertimana Dewa Eros yang diambil dan dijadikan sebagai dewa cinta Cupid dalam agama pagan Rom.

Dalam artikel History Channel yang ditulis oleh Laura Schumm, Dewa Eros pertama kali dicatatkan di dalam sejarah oleh Hesiod di dalam karya puisi 'The Theogony of Hesiod'.

Mengikut sejarah mitologi bagaimana perjalanan hidup Dewa Eros:

1. Dewi Aphrodite terlahir daripada cebisan daging Titan Uranus.

2. Ketikamana terciptanya Dewi Aphrodite, Dewa Eros turut tercipta di dalam kandungan rahimnya. Setelah tumbuh dewasa Dewi Aphrodite dikenali sebagai Dewa Kecantikan.

3. Lahirnya Dewa Eros di atas muka bumi dan kecintaan penuh seorang ibu, Dewi Aphrodite ke atas anaknya menukarkan suasana huru-hara dunia menjadi aman damai semula. Itu sebabnya, Dewa Eros dikenali sebagai Dewa Cinta.

4. Setelah beberapa lama, Dewi Apheodite melahirkan tiga dewa lainnya, adik kepada Dewa Eros iaitu Dewa Antheros (Dewa Cinta Dalam Keluarga), Dewa Porthos (Dewa Mengabulkan Cinta) dan Dewa Himeros (Dewa Nafsu).

5. Pada awalnya, tugas Dewa Eros tidak lain hanyalah sebagai 'doktor cinta'. Untuk menjalankan tugasnya ini, ayah angkatnya, Dewa Hephaestus menciptakan beberapa bilah anak panah yang diperbuat daripada emas murni untuk digunakannya di dalam seni memanah hati manusia. Pekerjannya hanya mencari dua insan yang saling membenci antara satu sama lain, lalu kedua orang itu akan dipanah hatinya sehingga membuatkan kebencian menjadi sebuah percintaan. Tetapi adakalanya dengan tiada tujuan, Dewa Eros memisahkan dua pasangan yang sedang hangat bercinta.

6. Pada suatu hari, timbulnya khabar angin tentang kecantikan seorang anak dara Yunani yang kecantikannya mengalahkan Dewi Aphrodite iaitu Psyche. Dengan perasaan amarah, beliau mengutuskan anaknya, Dewa Eros untuk menjodohkan Psyche dengan seorang lelaki yang miskin dan kaki pukul. Apabila Psyche berkahwin dengan lelaki miskin maka martabatnya akan jatuh dan setiap hari beliau akan dipukul lalu wajahnya yang cantik pasti akan hancur.

7. Maka terbanglah Dewa Eros ke rumah Psyche di malam hari. Ketika sampai, Dewa Eros pun terpana dengan kecantikan yang dimiliki oleh Psyche ketika gadis itu sedang nyenyak dibuai mimpi. Pada waktu itu, Dewa Eros pun jatuh hati pada Psyche dan beliau mengambil jalan untuk mengingkari arahan ibunya. Dewa Eros mengambil langkah yang lebih selamat untuk menyelamatkan kecantikan Psyche iaitu dengan menyumpah gadis ini tidak akan laku dan tiada lelaki mana pun di Yunani yang akan jatuh hati padanya dengan air yang diambil daripada air terjun Aphrodite.

8. Tahun pun berlalu, Psyche masih kekal berdara, keseorangan dan tiada siapa pun yang mahu menikahinya sedangkan adiknya sendiri pun sudah berkahwin. Dengan amarah yang membuak-buak, Psyche pun berdoa di Oracle of Delphi. Di sini, beliau diberikan petunjuk untuk menemui cinta sejatinya yang tinggal di sebuah kediaman emas di atas puncak gunung yang tinggi.

9. Setibanya di atas puncak gunung, Psyche disapa oleh seorang lelaki berjubah yang misteri. Psyche pun mengadu kepada lelaki itu tentang yang terjadi ke atasnya, maka atas dasar simpati, lelaki itu pun menerima Psyche sebagai isterinya tetapi dengan syarat, Psyche dilarang untuk mengetahi latar belakang lelaki/suaminya tersebut. Psyche patuh tanpa membantah.

10. Bulan pun berlalu, Psyche memohon kepada lelaki tersebut untuk menemui adiknya, maka lelaki tersebut membawa adik Psyche ke atas gunung tersebut. Ketikamana adiknya bertemu dengan Psyche, adiknya berpesan supaya mengorek rahsia suaminya itu, kerana takut ianya bukan manusia tetapi raksasa.

11. Pada suatu malam, Psyche menunggu sehingga suaminya tidur. Ketika suaminya tidur, Psyche menuju ke bilik tidurnya dan di situlah Psyche terkejut. Suaminya merupakan seorang dewa setelah melihat dua buah kepak. Dewa Eros terjaga dari tidurnya lalu kecewa kerana Psyche telah mengingkari janji antara mereka berdua. Dewa Eros pun terbang berlalu dari situ meninggalkan Psyche.

12. Setelah kejadian tersebut, Psyche menjelajah ke seluruh tanah Yunani mencari Dewa Eros. Psyche menemui sebuah jalan pintas untuk menemui Dewa Eros dengan bekerja dibawah Dewa-Dewi Yunani. Psyche menemui Dewi Demeter, Dewi Hera dan Dewi Athena. Ketiga-tiga dewi ini mahu menolong Psyche tetapi dengan syarat, beliau wajib bekerja dibawah Dewi Aphrodite. Dewi Aphrodite bersedia untuk membawa Psyche menemui dengan Dewa Eros tetapi dengan sebuah syarat. Beliau wajib menempuhi semua ujian yang diberikan kepadanya.

13. Ujian yang kebanyakan mematikan ini berjaya ditempuhi oleh Psyches berkat pertolongan daripada Dewi Demeter dan Dewi Athena. Tetapi hanya tinggal satu lagi tugas terakhir iaitu menghantar sebuah kotak kepada Dewi Persephone di alam baka. Di dalam perjalanan, Psyches tertarik dengan isi kandungan kotak tersebut, lalu beliau pun membukanya. Rupa-rupanya di dalam kotak tersebut terkandungnya sebuah sumpahan tidur selamanya kepada si pembukanya.

14. Mujur Psyches berjaya diselamatkan oleh Dewa Eros lalu beliau membawa Psyches ke Dewa Zeus. Dewa Zeus memberikan air minuman Ambrosia kepada Dewa Eros. Dengan tegukan air dan ciuman, maka Psyches berjaya kembali ke dunia. Psyches bukan sahaja diberikan peluang kedua untuk hidup, bahkan beliau tidak akan mati (immortal).

15. Dewa Zeus memerintahkan kepada Dewi Aphrodite untuk menerima Psyche sebagai menantu dan setelah itu Psyche diberikan gelaran sebagai Dewi Kehidupan. Hasil perkahwinan rasmi diantara Dewa Eros dan Dewi Psyches, mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Dewi Voluptas (Dewi Keberkatan).

Dalam teori lain, menyebutkan bahawasanya Cupid merupakan anak kepada Dewa Eros dan hasil daripada kelahiran Cupid, ianya diambil dan diangkat sebagai Dewa Cinta di dalam agama pagan Rom. Tetapi teori yang paling diterima adalah Dewa Cupid merupakan Dewa Eros dalam versi Rom.

Dewa Cupid kembali diagungkan pada zaman Renaissance, di mana para pelukis menggambarkan Dewa Cupid sebagai Dewa Cinta dan kepopularan inilah yang seterusnya mengangkat martabat Dewa Cupid sebagai maskot Hari Kekasih ataupun yang berkaitan dengan cinta.

Nama Dewa Eros juga digunakan di dalam karya William Shakespeare yang bertajuk 'A Midsummer Night’s Dream'.

Jadinya, daripada kisah sejarah mitologi ini, kita sebagai umat manusia khususnya yang beragama Islam, mengapa mahu menyangkut-pautkan soal perayaan berunsur mitos di dalam kehidupan kita ini? Daripada kita mengagungkan kisah yang tiada dalil jelasnya tersebut adalah lebih baik kita mengagungkan kisah percintaan sebenar diantara Muhammad Rasulullah saw bersama isteri pertamanya, Khadijah binti Khuwailid.

Sumber rujukan:

1. Handbook of World Mythology oleh A.S. Murray dan William H. Klapp (halaman 194).

2. Greek and Roman Mythology, A to Z oleh Kathleen N. Daly dan Marian Rengel (halaman 52).

3. Gods, Goddesses, and Mythology, Volume 4 oleh C. Scott Littleton (halaman 488).

Wednesday, February 13, 2019

Sejarah Benteng Ais Utara Tujuh Empayar



SEJARAH BENTENG AIS UTARA TUJUH EMPAYAR.

Pernahkah anda membaca sejarah atau melihat kewujudan benteng ais yang dibina daripada 100% bongkahan ais tanpa bahan kimia? Ya, pada kali ini akan dikisahkan sejarah sebuah benteng ais gergasi yang diagungkan sebelum kehancurannya.

Benteng pertahanan yang dibangunkan daripada paduan ais ini dibina sekitar tahun 8000 SM oleh Brandon the Builder setelah Perang 'War of the Dawn' yang bertujuan untuk melindungi tujuh empayar bersekutu daripada serangan puak gasar (Wildlings) dan tentera mitos White Walker.

Mengikut catatan George RR Martin di dalam bukunya 'A Song of Ice and Fire', benteng ini berketinggian hampir 213 meter, selebar 91 meter dan berkepanjangan hampir 482 kilometer ini mampu menahan pelbagai serangan daripada musuh yang datang dari luar benteng. Ketinggian benteng ini tidak mampu dicapai oleh sesiapa sahaja, bahkan panahan anak-anak panah musuh tidak mampu untuk melukakan pengawal yang berkawal di atas benteng tersebut. 

Benteng ini dilengkapi dengan menara pengawal utama sebanyak tiga buah iaitu:

1. Shadow Tower (benteng barat).
2. Eastwatch-by-the-Sea Tower (benteng utara).
3. Castle Black (benteng tengah).

Menara/pos yang lain adalah, Westwatch-by-the-By-the-Bridge, Sentinel Stand, Greyguard, Stonedoor, Hoarfrost Hill, Icemark, The Nightfort, Deep Lake, Queensgate, Oakenshield, Woodswatch-by-the-Pool, Sable Hall, Rimegate, The Long, Barrow, The Torches dan Greenguard.

Antara ketiga-tiga menara ini, menara Castle Black adalah pusat kekuatan pertahanan dan menara ini juga sering diincar oleh pasukan musuh kerana kedudukannya yang terlalu terbuka dalam medan peperangan.

Pasukan pengawal atau tentera yang menjaga benteng ini dikenali sebagai The Nightwatch yang bersumpah untuk taat setia berjuang bermati-matian mempertahankan benteng tersebut. Pemimpinnya pula dikenali sebagai Lord Commander of the Watch.

Benteng ini pernah diserang oleh pasukan bersekutu Wildlings pimpinan King-Beyond-the-Wall iaitu Raja Mance Rayder dalam perang 'Battle of Castle Black' pada tahun 301 M. Pasukan bersekutu Wildlings dikalahkan oleh pengawal Nightwatch dengan bantuan angkatan pasukan tentera dari Raja Stannis Baratheon. Tetapi Raja Stannis meninggal dunia dalam pertempuran ini akibat luka yang parah dan dibunuh secara langsung oleh bekas pengawal diraja, Raja Renly Baratheon iaitu Brienne of Tarth.

Benteng ais yang megah ini akhirnya hancur diserang oleh pasukan White Walkers pimpinan Night King dalam pra-perang 'Winter Is Coming'.

Jadi, begitulah berakhirnya sejarah fiksyen Benteng Ais Utara yang terdapat di dalam drama bersiri 'Game of Thrones'. Ya, fiksyen sahaja, bukan wujud betul pun benteng ais ini melainkan hanya wujud di dalam imaginasi pengikut fanatik Flat-Earth yang dikatakan Antartika adalah benteng ais mengelilingi Bumi.

Bagaimana Piramid Mesir Dibina?! [Video]

Teori :  Bagaimana Piramid Mesir Dibina Mesir merupakan sebuah negara yang kaya dengan nilai sejarahnya dari tamadun Mesir Purba hinggala...