Tuesday, January 1, 2019

Siapa Pencipta Globe Pertama Dunia


AL-IDRISI: PENCIPTA GLOBE BUMI YANG PERTAMA.

1. Nama lengkapnya Abu Abdullah Muhammad Ibnu Muhammad Ibn Abdullah Ibn Idris as-Sharif.

2. Dilahirkan di Ceuta, Sepanyol pada tahun 493M (1100M) & meninggal dunia pada tahun 560H (1165M).

3. Lebih dikenali sebagai al-Idrisi as-Sharif dan menuntut ilmu di Cordova, Andalusia (ketika dibawah pemerintahan Islam).

4. al-Idrisi suka mengembara ke tempat yang jauh termasuk Asia, Afrika, Eropah, Portugal, Hungary dan York, England.

5. Kemasyhuran dan kehebatan al-Idrisi sampai ke telinga Raja Roger II dari Silicia (1129M-1140M).

Raja Roger mengundang al-Idrisi dan memberikan segala kemudahan untuk membuat peta dunia yang paling baru. Pusat pentadbiran Raja Roger berlokasi di kota Palermo yang dahulunya pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Islam Sicily.

Ketika zaman pemerintahan Raja Roger, kota Palermo menjadi salah satu kota ilmu bagi benua Eropah sehinggakan baginda yang menyukai dengan ilmu pengetahuan mengundang pelbagai ilmuwan ke negaranya termasuk al-Idrisi sendiri.

6. al-Idrisi bersetuju dengan permintaan Raja Roger dengan bersyarat, iaitu dalam peta itu beliau mahu memasukkan data wilayah Sicily yang pernah berada di bawah kekuasaan Islam sebelum Raja Roger berkuasa.

7. Peta yang dimahukan oleh Raja Roger disiapkan oleh al-Idrisi dalam bentuk globe diperbuat dari perak yang seberat 400 auns disiapkan dalam tempoh masa selama 15 tahun antara kerjasamanya dengan Raja Roger. Selain globe bumi, al-Idrisi juga menciptakan sebuah peta dunia tablet berbentuk disk berukuran 1.5-3.5 meter.

Dalam globe itu memuatkan danau, sungai, kota-kota besar, daratan dan pergunungan. al-Idrisi juga membezakan kawasan bertanah subur dan bertanah gersang.

Tetapi sayang, globe bumi ini beserta peta tablet buatannya hancur ketikamana berlakunya pemberontakan di Sicily pada tahun 1160 M.

8. Globe ini dilengkapi dengan penulisan sebuah kitab karyanya yang berjudul Kitab al-Rujari ( Roger's Book ) sebagai bentuk penghormatan al-Idrisi kepada Raja Roger.

Dalam buku ini dinyatakan dengan jelas kewujudan sebuah pulau yang terletak amat jauh dan terpencil seperti sebuah pulau berais ( kemungkinan Iceland ) di mana perjalanan ke sana amat sukar kerana perlu menempuhi kabus tebal.

al-Idrisi juga menggambarkan Laut Gelap atau Lautan Atlantik dan berpendapat penduduk yang mendiami kawasan itu dikenali dengan nama penduduk Inggeris.

9. Ketepatan peta dunia yang dibuat oleh al-Idrisi dalam sebuah bentuk globe adalah tepat dan mirip dengan peta dunia zaman sekarang.

al-Idrisi terkenal dengan kebijaksanaan mengukur garis bujur dan garis lintang menggunakan papan gambar yang disebut Lauhul Tarsim.

10. Buku karya al-Idrisi yang bertajuk Nuzhat al-Mushtaq fi Ikhtiraq al-Afat ( Kemudahan Untuk Orang Yang Mahu Melakukan Perjalanan Melampaui Berbagai Iklim ) menjadi sebuah ensiklopedia yang mengandungi berbagai peta yang digambarkan secara terperinci dan mempunyai maklumat yang lengkap dari negara Eropah.

Ringkasan buku ini diterbitkan di Rom pada tahun 1592 M dan diterjemahkan dalam bahasa Latin. Terjemahan ini kemudian diterbitkan semula di Rom pada tahun 1619 M dengan berjudul Geographia Nubiensis.

11. Setelah membuat semula satu kompilasi ensiklopedia yang lebih menyeluruh berjudul Rawd Unnas wa-Nuzhat al-Nafs.

Buku lain karyanya adalah:

1) Shifatul Arab.

2) Kharithanul 'Alamil ma'mur minal Ard (Peta Dunia) yang memuatkan wilayah Asia, Afrika & Eropah pada masa dahulu & dalam buku ini al-Idrisi mengatakan adanya 7 benua.

Segala catatan dan peta dunia yang dihasilkan oleh al-Idrisi sebelum kematian Raja Roger (1154 M) berjaya diselamatkan. Setelah kematian Raja Roger II, al-Idrisi menyambung kerjasama ilmunya dengan anak baginda, iaitu Raja William I.

Kerjasamanya ini berlangsung tidak lama apabila al-Idrisi mengambil kata putus untuk meninggalkan Sicily dan pulang ke Moroko, di mana kawasan kaum-kerabatnya berasal pada tahun 1160 M. al-Idrisi meninggal dunia di Sabtah pada sekitar tahun 1164 M-1166 M.

Untuk pengetahuan anda, peta al-Idrisi digunakan oleh Christopher Columbus untuk menemukan benua Amerika.

_____________________

Gambar di bawah merupakan lakaran lukisan imaginasi pelukis mengikut catatan sejarah pertemuan diantara al-Idrisi dan Raja Roger dari Sicily.





Sumber rujukan:

1. The Middle Ages: Dictionary of World Biography, Volume Two, Frank N. Magill (halaman 506-507).

2. Medieval Italy: An Encyclopedia oleh Christopher Kleinhenz (halaman 46).

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Bagaimana Piramid Mesir Dibina?! [Video]

Teori :  Bagaimana Piramid Mesir Dibina Mesir merupakan sebuah negara yang kaya dengan nilai sejarahnya dari tamadun Mesir Purba hinggala...