Thursday, January 24, 2019

Misteri Makam Maharaja Pertama China - Qin Shi Huang



Untuk pengetahuan kepada masyarakat yang belum tahu, penemuan berhala-berhala Terakota di kawasan kompleks makam Maharaja China Pertama, Qin Shi Huang di Shaanxi, China, bukanlah makam sebenar miliknya. Ianya merupakan salah satu 'pembuka' kepada laluan menuju ke Istana Kematian. Boleh dilihat pada gambar rajah kedua, kedudukan Pasukan Terakota.

Maharaja Qin Shin Huang (dinasti Qin) adalah pelopor kepada pembinaan 'The Great Wall' atau didalam bahasanya 'Tembok Besar China' Yang dibina diera pemerintahannya bagi menghalang kedatangan perompak dari puak Mongol (yang kini dipanggil Monggolia)


Sebenarnya makam Maharaja Qin Shi Huang belum sepenuhnya diterokai oleh ahli arkeologi kerana punca utamanya adalah pentadbiran China tidak mahu khazanah berharga ini disentuh oleh mana-mana pihak dan mereka ingin mengekalkan nilai sejarahnya di situ. Tambahan, laluan masuk ke makam maharaja tersebut dipenuhi oleh pelbagai perangkap yang masih aktif. Makam maharaja Qin Shi Huang bukan semata-mata hanya sebuah makam bahkan ianya dipercayai sebagai istana baginda di dunia kematian. Sebab itu kalau di dalam gambar rajah kedua tersebut, kita dapat melihat, kompleks atau kawasan istana ini dilindungi oleh dua lapis benteng dan kawasan kompleks ini besar seakan-akan sebuah kompleks istana yang normal. Bentuk makam ini sama sepertimana binaan makam Firaun di Mesir iaitu berbentuk piramid. (Hmm, tolong jangan kaitkan dengan Illuminati.)


Makam maharaja tersebut dikatakan terletak dibawah bukit arah barat daya. Selama 40 tahun pencarian di kawasan sekitar makam ini, para arkeologi menemui pelbagai tapak-tapak yang dikenalpasti merupakan bahagian kompleks Istana Kematian ini seperti tapak perkuburan dayang-dayang istana (yang tidak memberikan anak kepada baginda), 300 keranda yang mengandungi tulang belulang kuda, patung-patung haiwan yang diperbuat daripada gangsa dan berhala yang tidak berpakaian yang bertugas sebagai pemberi hiburan kepada baginda di alam kematian seperti ahli musik, akrobat dan ahli angkat berat. Ouh ya, kenapa dibawah bukit? Selepas siap pembinaan makam gergasi tersebut, para pekerja dikehendaki menutup kompleks makam tersebut dengan gundukan tanah. Setelah kawasan ini dikambus, maka ditanam pokok-pokok di atas kambusan tersebut dan hasilnya, kita dapat melihat, bukit buatan manusia yang masih kekal berdiri sehingga ke hari ini.



Berbalik kepada makam Qin Shi Huang, para saintis melalui pemerhatian mereka, mengemukakan teori saintifik bahawasanya makam tersebut terletak 20-50 meter di bawah bukit tersebut. Bagaimana mereka dapat menemukan makam tersebut? Ianya kerana, mengikut catatan sejarah Dinasti Qin oleh Sima Qian:

"The site includes three streams, and his coffin is encased in a bronze sarcophagus. The floor of the central burial chamber floats on rivers, lakes and seas of mercury…The vaulted ceiling is inlayed with pearls and gems to emulate the sun, moon and principle stars of the constellations in the night sky. Whale oil lamps are brightly lit for an everlasting effect of illustriousness".

Merkuri merupakan salah satu ramuan kegilaan yang dimakan oleh maharaja Qin Shi Huang untuk memberikannya umur yang panjang (immortal) tetapi atas ketaksuban ini jugalah yang membawa kepada kematian baginda. Sebab ketaksuban baginda ini jugalah, makam tersebut dipenuhi oleh cairan-cairan merkuri. Cairan-cairan merkuri tersebut digunakan sebagai aliran sungai dan lautan palsu di dalam makam tersebut. Para saintis yang menggunakan teknologi tertentu, menemui bahagian di bawah bukit yang dimana terdapat kandungan merkuri yang sangat tinggi iaitu tempat yang tepatnya dikatakan terletaknya makam Qinshihuang.

Sehingga ke hari ini, terdapat 600 tapak arkeologi di kawasan kompleks tersebut walhal makam Qin Shi Huang yang utama itu pun belum disentuh oleh sesiapa dan isi kandungan dalam makam yang terdapat dibawah bukit tersebut masih kekal misteri sehingga ke hari ini.

P/S: Jadi, adakah sesiapa diantara kita mempunyai keberanian memasuki makam sebenar Qinshihuang? Harta karun banyak woo... Rugi tak ceburi bidang menjarah makam-makam sejarah ni.

Sumber: Qin, Kaisar Terakota oleh Micheal Wicaksono.

Tuesday, January 1, 2019

Siapa Pencipta Globe Pertama Dunia


AL-IDRISI: PENCIPTA GLOBE BUMI YANG PERTAMA.

1. Nama lengkapnya Abu Abdullah Muhammad Ibnu Muhammad Ibn Abdullah Ibn Idris as-Sharif.

2. Dilahirkan di Ceuta, Sepanyol pada tahun 493M (1100M) & meninggal dunia pada tahun 560H (1165M).

3. Lebih dikenali sebagai al-Idrisi as-Sharif dan menuntut ilmu di Cordova, Andalusia (ketika dibawah pemerintahan Islam).

4. al-Idrisi suka mengembara ke tempat yang jauh termasuk Asia, Afrika, Eropah, Portugal, Hungary dan York, England.

5. Kemasyhuran dan kehebatan al-Idrisi sampai ke telinga Raja Roger II dari Silicia (1129M-1140M).

Raja Roger mengundang al-Idrisi dan memberikan segala kemudahan untuk membuat peta dunia yang paling baru. Pusat pentadbiran Raja Roger berlokasi di kota Palermo yang dahulunya pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Islam Sicily.

Ketika zaman pemerintahan Raja Roger, kota Palermo menjadi salah satu kota ilmu bagi benua Eropah sehinggakan baginda yang menyukai dengan ilmu pengetahuan mengundang pelbagai ilmuwan ke negaranya termasuk al-Idrisi sendiri.

6. al-Idrisi bersetuju dengan permintaan Raja Roger dengan bersyarat, iaitu dalam peta itu beliau mahu memasukkan data wilayah Sicily yang pernah berada di bawah kekuasaan Islam sebelum Raja Roger berkuasa.

7. Peta yang dimahukan oleh Raja Roger disiapkan oleh al-Idrisi dalam bentuk globe diperbuat dari perak yang seberat 400 auns disiapkan dalam tempoh masa selama 15 tahun antara kerjasamanya dengan Raja Roger. Selain globe bumi, al-Idrisi juga menciptakan sebuah peta dunia tablet berbentuk disk berukuran 1.5-3.5 meter.

Dalam globe itu memuatkan danau, sungai, kota-kota besar, daratan dan pergunungan. al-Idrisi juga membezakan kawasan bertanah subur dan bertanah gersang.

Tetapi sayang, globe bumi ini beserta peta tablet buatannya hancur ketikamana berlakunya pemberontakan di Sicily pada tahun 1160 M.

8. Globe ini dilengkapi dengan penulisan sebuah kitab karyanya yang berjudul Kitab al-Rujari ( Roger's Book ) sebagai bentuk penghormatan al-Idrisi kepada Raja Roger.

Dalam buku ini dinyatakan dengan jelas kewujudan sebuah pulau yang terletak amat jauh dan terpencil seperti sebuah pulau berais ( kemungkinan Iceland ) di mana perjalanan ke sana amat sukar kerana perlu menempuhi kabus tebal.

al-Idrisi juga menggambarkan Laut Gelap atau Lautan Atlantik dan berpendapat penduduk yang mendiami kawasan itu dikenali dengan nama penduduk Inggeris.

9. Ketepatan peta dunia yang dibuat oleh al-Idrisi dalam sebuah bentuk globe adalah tepat dan mirip dengan peta dunia zaman sekarang.

al-Idrisi terkenal dengan kebijaksanaan mengukur garis bujur dan garis lintang menggunakan papan gambar yang disebut Lauhul Tarsim.

10. Buku karya al-Idrisi yang bertajuk Nuzhat al-Mushtaq fi Ikhtiraq al-Afat ( Kemudahan Untuk Orang Yang Mahu Melakukan Perjalanan Melampaui Berbagai Iklim ) menjadi sebuah ensiklopedia yang mengandungi berbagai peta yang digambarkan secara terperinci dan mempunyai maklumat yang lengkap dari negara Eropah.

Ringkasan buku ini diterbitkan di Rom pada tahun 1592 M dan diterjemahkan dalam bahasa Latin. Terjemahan ini kemudian diterbitkan semula di Rom pada tahun 1619 M dengan berjudul Geographia Nubiensis.

11. Setelah membuat semula satu kompilasi ensiklopedia yang lebih menyeluruh berjudul Rawd Unnas wa-Nuzhat al-Nafs.

Buku lain karyanya adalah:

1) Shifatul Arab.

2) Kharithanul 'Alamil ma'mur minal Ard (Peta Dunia) yang memuatkan wilayah Asia, Afrika & Eropah pada masa dahulu & dalam buku ini al-Idrisi mengatakan adanya 7 benua.

Segala catatan dan peta dunia yang dihasilkan oleh al-Idrisi sebelum kematian Raja Roger (1154 M) berjaya diselamatkan. Setelah kematian Raja Roger II, al-Idrisi menyambung kerjasama ilmunya dengan anak baginda, iaitu Raja William I.

Kerjasamanya ini berlangsung tidak lama apabila al-Idrisi mengambil kata putus untuk meninggalkan Sicily dan pulang ke Moroko, di mana kawasan kaum-kerabatnya berasal pada tahun 1160 M. al-Idrisi meninggal dunia di Sabtah pada sekitar tahun 1164 M-1166 M.

Untuk pengetahuan anda, peta al-Idrisi digunakan oleh Christopher Columbus untuk menemukan benua Amerika.

_____________________

Gambar di bawah merupakan lakaran lukisan imaginasi pelukis mengikut catatan sejarah pertemuan diantara al-Idrisi dan Raja Roger dari Sicily.





Sumber rujukan:

1. The Middle Ages: Dictionary of World Biography, Volume Two, Frank N. Magill (halaman 506-507).

2. Medieval Italy: An Encyclopedia oleh Christopher Kleinhenz (halaman 46).

SUMBER

Bagaimana Piramid Mesir Dibina?! [Video]

Teori :  Bagaimana Piramid Mesir Dibina Mesir merupakan sebuah negara yang kaya dengan nilai sejarahnya dari tamadun Mesir Purba hinggala...